Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers wedding ticker

Thursday, January 28, 2010

Shaken Baby Syndrom atau SBS???

Kepada mommies n daddies sekalian, here i wanna share wif u all about SBS. Bahaye woooo...in fact, me baru je tau about dis....n this article has been forwarded by my hubby...ok kengkawan, sharing is caring....jom bace!!
i
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Adateori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebabkan berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abus) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
i
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta kandungan air berbanding orang dewasa. Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi (occupational stress).
i
PENCEGAHAN!!!!
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenagkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atasu kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.
i
so kengkawan, BEWARE...jgn terlampau seronok sangat menimang bayi anda!!

No comments: